Bismillahirrahmanirrahiim
Keistimewaan
Ayat Seribu Dinar
ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang
hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut
dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi
raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan
tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh
seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan
baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki
yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala
hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung
segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit
sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air
sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat,
kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan
oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada
sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan
dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa
oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari
sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada
Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur
tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga
kali.
Beginilah bacaan ayat seribu dinar:
"Waman
Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman
Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu
Likulli Syaiin Qadra."
Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
Cara amalan yg ampuh:
1.Silahkan anda bangun tengah malam Jum’at (Usahakan
sedapat2 nya
pada malam bulan Purnama 14, di atas jam 12’00.
2.Lalu lakukanlah Mandi Taubat.
3.Setelah itu lakukan Sholat Shunat Taubat 2 Raka’at
4.Disambung dgn Sholat shunat Tahajjaud 2 Raka’at
5.Dan terakhir lakukan Sholat shunat Hajjad 2 Raka’at
6.Sesudah Salam silahkan anda membaca :
~Tawwasulan yakni surattul Al-fatihah 17 X dan,
~surattul Al-ikhlash 17 X, yang di hadiahkan kepada ;
* Baginda Muhammad Saw
* Syaikh Abdul Qodir Al-jailani Qs
* Tuangku Syaikh Maulana Muhammad Ali Hanafiah
*Baginda Wizon
*Kurnia Budi Prasetyo
7.Kemudian silahkan dibaca ayat 1000 dinar (1000 x sekali
tamat):
"Waman Yattaqillaha Yaj’allahu
Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa
Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra."
Kaifiat: Seandainya putus ma’rifat bagi anda yang
mengamalkan amalan ini, maka anda akan di datangi oleh seorang Qadam Suci
(Qadam Ayat) dari golongan “Ruh”, yang akan membawa sekantong uang dinar
pecahan Coin sebanyak 1000 Dinar yang semuanya terbuat dari Emas Murni. Namun
bagi anda yang tidak putus ma’rifat nya maka mulai hari berikutnya Allah akan
membukakan kepada anda segala rezki yang sangat gampang anda dapati, apakah
rezki dalam bentuk pekerjaan, dalam bentuk jabatan, dalam bentuk Kesehatan,
dalam bentuk ketenangan bathin dalam hidup,dalam bentuk mendapat anak, dalam
bentuk kecerdasan dan masih banyak Rahasia-rahasia yang akan anda dapati setelah
mengamalkan amalan ini. selamat mencoba dan wassalam
Nb : Ya Allah Demi Ke-Agungan dan Ke-Muliyaan Dzat-MU
kabulkanlah dan terimalah amalan hamba-Mu yg melakukan
amalan ini yaa Allah amiin
Alhamdulillahirrabbil’alamiin
Continue Reading